salaam alaykum,

maaf kerana lama menyepi tanpa sebarang update. kami akui yang kami tidak sempat untuk mengemaskini laman ini kerana kami sibuk dengan urusan pendaftaran yang semakin hari semakin ramai. maka tunggu apa lagi? jika anda masih belum mendaftar… um, tunggu sebentar. mungkin anda ingin membaca dahulu ‘entri’ kali ini.

atas sebab memelihara hak cipta intelektual, dan untuk mengelakkan dari menjadi ‘spoiler‘, kami tidak dapat menyiarkan kepada pembaca intipati program yang akan kami sajikan kepada peserta-peserta nanti. memadailah rasanya dengan ‘highlights‘ di poster kami, jika anda inginkan rujukan.

namun kami boleh tunjukkan kepada anda serba sedikit mengenai tempat program Fly High 2009 diadakan nanti. Institut Latihan Islam Malaysia, ILIM.

berikut adalah rujukan bergambar, mengikut format “tetamu datang” (ye lah kan… maksud kami, dari pandangan mata seorang tetamu yang berkunjung ke ILIM)

mempersembahkan… ILIM!!

* * * * * * * * * * * * *

(step-by-step to ILIM, Bangi)

berkereta sendiri mahupun dengan menaiki van ‘shuttle’ milik ILIM dari stesen Komuter UKM, perkara pertama yang anda perlu pastikan untuk tahu yang anda tidak sesat ialah anda nampak gerbang ini:

img_1154

apa kata first impression kalian?

yang berkereta mungkin perlu berurusan di pondok pengawal tersebut. selesai di pintu masuk, anda akan dihidangkan dengan pemandangan foyer blok utama yang tersergam indah.

img_1151penat cameraman tunggu saat berangin-angin baru ambil gambar bendera berkibar-kibar…

lihatlah di sekeliling…

sekitar-ilim

sekeliling…

dan inilah pemandangan yang mungkin anda akan nampak.

kalian mungkin akan perlu mendaftar di kaunter ini untuk mendapatkan kunci ke bilik anda

img_1145

peluang untuk hadiah misteri: namakan jenis khat ini ketika urusan ‘check-in’ nanti*, dan anda akan menerima hadiah misteri (tidak, ini lain dari hadiah misteri untuk pendaftaran berkumpulan). siapa cepat, dia dapat.

dan antara mercu paling utama di dalam kompleks ilim… Surau al-Ilim.

surau-ilim

korang nampak ke, yg dekat situ? belakang pokok pisang-kipas tu. macam…

jejakkan kaki ke dalam surau, dan inilah pemandangannya (make sure dalam keadaan bersuci atau berwudhu’)

img_1134

spooky nye. ni misteri nusantara ke ape ni?

pintu pagar sudah, surau tempat beribadah pun sudah. maka, apa lagi? bilik tidur!

asrama

panoramic la pulak kan… ni nak bercuti ke nak berkursus ni?

jika anda pernah mendengar pasal ILIM, pasti anda juga ada dihebahkan mengenai penginapan peserta yang seperti ‘hotel’. tak percaya?

bilik-tido

double bedroom. untuk berdua.

okay, maybe tak la macam Hilton atau Sheraton. hotel 3-bintang pun masih hotel, kan?

lagi-bilik-tdo

dekat-atas (close-up?)

pesanan penaja: peserta tidak perlu lah membawa selimut, duvet, alas cadar milik persendirian. tetapi kami tidak lah sampai menghalang sesiapa yang ingin juga membawa ‘bantal bucuk’ mereka.

juga, tidak lengkap hotel kalau bilik penginapan tidak ‘en-suite’. bilik-bilik di ILIM semuanya ‘en-suite‘.

tempat-ehem2

gambar pemuda kacak sekadar hiasan.**

en-suite‘ maksudnya bilik dengan ‘attached-bathroom‘, kepada sesiapa yang kurang arif.

semestinya satu-satu program itu tidak lengkap jika tidak ada tempat makan. dewan makan ILIM adalah berhawa dingin, dan sangatlah tidak sama dengan dewan makan di asrama sekolah… tiada ‘tray’, tiada ikan ‘jacket’ etc.

img_1107

tak senonoh betul orang ni… dah lepas gamba tandas, dia tunjuk pulak gamba dewan makan…

selesai sudah penginapan dan hal-hal yang sepatutnya remeh (kita kan hendak berkursus… belajar sambil bercuti-cuti, bukan sebaliknya), kepada kemudahan berkursus. mengikut kesesuaian aktiviti, kita akan berkampung sama ada di:

1. dewan aktiviti

activity-hall

sekali lagi, gambar-gambar pemuda sekadar hiasan.

untuk beraktiviti la kan. ape lagi?, dan

2. dewan teater / dewan kuliah.

teater-hall

gambaran program yang sedang dijalankan… kecuali Fly High lagi ‘happening’ dari yang ini!

untuk berteater ke? mungkin ya, mungkin tidak. kita tunggu~

selesai sudah lawatan maya kita ke ILIM. lawatan kita telah mencakupi hampir kesemua aspek-aspek penting. jika ada apa-apa keraguan atau kemusykilan, seperti biasa, emel ke flyhighoznz09@gmail.com

* * * * * * * * * * * * * *

semua ini, dan anda hanya perlu belanjakan RM20??

WOW!

oh, sila hebahkan juga kepada rakan-rakan sama ada yang sudah mendaftar mahupun yang bakal mendaftar. kami minta maaf kerana ketiadaan ‘update’ buat sekian lama. insya Allah bermula dari ‘post’ ini, kami akan lebih kerap mengemaskini laman ini, sejajar dengan hampirnya kita ke tarikh bersejarah untuk program Fly High OZNZ 2009!!

*sebarang urusan tuntutan hadiah ini perlu berurusan hanya dengan Encik X

**itu bukan poster. tak munasabah la ILIM letak poster jejaka kacak… dekat bilik air pulak tu.